Library News

World Quran Hour 2025: Tadabbur Surah As-Saff Di PTAR Shah Alam

Shah Alam, 25 Mac 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam sekali lagi menjadi saksi kepada semangat cintakan al-Quran melalui penganjuran World Quran Hour 2025 yang bertemakan Tadabbur Surah As-Saff. Acara ini telah disertai oleh Ketua Pustakawan serta warga perpustakaan UiTM yang bersama-sama mendalami makna dan pengajaran daripada surah tersebut.

Sesi tadabbur dipimpin oleh Ustaz Dr. Muhammad Irfan Mohd Rusdi, Pensyarah Kanan Akademik Pengajian Bahasa, yang mengupas kepentingan keikhlasan, kesatuan, dan perjuangan dalam menegakkan agama Allah. Beliau menekankan bahawa umat Islam perlu mengotakan janji, mengamalkan apa yang mereka dakwahkan, serta bersatu dalam kebenaran seperti sebuah bangunan yang kukuh sebagaimana yang disebut dalam Surah As-Saff.

Selain sesi tadabbur, peserta turut berpeluang mengiringi Ustaz Dr. Muhammad Irfan ke Koleksi Khas Jawi, yang menempatkan naskhah Jawi yang berharga. Pertukaran ilmu mengenai sejarah dan kepentingan manuskrip Jawi menjadi antara pengisian menarik dalam program ini, memberi pendedahan kepada peserta tentang warisan Islam yang perlu dipelihara.

Acara World Quran Hour 2025 di UiTM Shah Alam ini berakhir dengan doa dan harapan agar umat Islam terus berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan tergolong dalam golongan yang dicintai Allah. Semoga perhimpunan penuh keberkatan ini dapat diteruskan dan lebih ramai lagi yang menyertai pada tahun-tahun akan datang.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.