Pasir Gudang, 26 Mac 2025 - Telah berlangsung satu sesi perbincangan mengenai Program Budaya Ilmu dengan fokus kepada kerjasama komuniti perpustakaan telah diadakan di SMK Sungai Tiram, Johor. Program yang bermula pada jam 11.00 pagi ini bertujuan memperkukuh peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu dan membina jaringan kerjasama antara perpustakaan UiTM serta institusi pendidikan di kawasan setempat.
Perbincangan ini turut dihadiri oleh Puan Afzam dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang dan Encik Husnizar, Pengetua SMK Sungai Tiram. Sepanjang sesi perbincangan, pelbagai cadangan program telah dikemukakan bagi memperkukuhkan kerjasama antara pihak PPD Pasir Gudang, sekolah dan PTDI. Antara program yang dicadangkan termasuk program literasi maklumat serta program pemerkasaan budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah.
Semua pihak yang terlibat sepakat untuk memastikan program yang dirancang selari dengan objektif pendidikan serta keperluan sekolah-sekolah di Johor.