Pada 25 Mac 2025 bersamaan 24 Ramadan 1446H, satu program khas bertemakan bacaan dan tadabbur Al-Quran akan diadakan secara serentak di seluruh negara. Program ini akan berlangsung dari jam 12:00 tengah hari hingga 1:00 petang dan dijalankan sepenuhnya secara atas talian.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat mendekati Al-Quran dengan membaca, memahami maksud, serta bertadabbur dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya. Sebagai misi utama program ini, surah Al-Saff akan dibaca dan diperdengarkan sebagai satu usaha dalam memperkukuhkan hubungan umat Islam dengan kitab suci.
Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran serta semangat masyarakat dalam memperkukuh hubungan dengan Al-Quran, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Dengan adanya inisiatif ini, diharapkan lebih ramai individu dapat menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dalam kehidupan seharian.
Semua pihak dijemput untuk menyertai program ini secara atas talian dan bersama-sama menghayati keindahan serta keagungan wahyu Ilahi. Semoga program ini menjadi titik tolak ke arah masyarakat yang lebih celik Al-Quran dan berakhlak mulia.