Library News

Majlis Khatam Al-Quran PTAR UiTM Cawangan Sarawak

Majlis Khatam Al-Quran PTAR UiTM Cawangan Sarawak

Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah selesai dengan jayanya. Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, Majlis Khatam Al-Quran anjuran PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan. Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran atas selesainya bacaan 30 juzuk Al-Quran, disertai doa agar segala amalan kita diterima di sisi Allah SWT.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir terutamanya kepada Professor Madya Dr. Saimi bin Bujang, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak dan Puan Nur Afeqah Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak kerana sudi meluangkan masa bersama-sama dalam majlis penuh keberkatan ini.
✨ Doa Penutup:
“Ya Allah, jadikanlah Al-Quran ini cahaya hati kami, penawar bagi segala duka dan penunjuk jalan kehidupan kami. Kurniakanlah keberkatan atas setiap ayat yang telah dibaca, ampunkanlah dosa kami, kedua ibu bapa kami serta seluruh umat Islam. Terimalah amalan kami ini sebagai bekalan menuju akhirat. Ameen Ya Rabbal ‘Alamin.”
Semoga majlis ini menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan buat kita semua. InsyaAllah, kita bertemu lagi dalam majlis ilmu yang lain.
Tags:

Please publish modules in offcanvas position.