Library News

Pemerkasaan Skill Digital Staf Perpustakaan UiTM Melalui Latihan Kecerdasan Buatan (AI) dan Sistem PERMATA

24 Mac 2025 | 23 Ramadan 1446H

Shah Alam - Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengorak langkah dalam memperkasakan transformasi digital melalui sesi latihan khas yang menumpukan kepada Sistem Perpustakaan PERMATA dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Latihan ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran serta kefahaman staf perpustakaan dalam mengoptimumkan penggunaan sistem tersebut.

Sesi latihan yang berlangsung secara fizikal dan dalam talian ini dikendalikan oleh pakar dari Bahagian Perpustakaan Digital UiTM. Antara pengisian utama sesi ini termasuk:

  • Pengenalan Sistem Perpustakaan PERMATA & Kecerdasan Buatan (AI) oleh Puan Wan Izzatul Fahrah Binti Wan Ishak;

  • PERMATA Dashboard & Menu oleh Puan Ida Laila Binti Ishak;

  • Penambahbaikan & Ciri-Ciri Baharu PERMATA LMS oleh Encik Mohd Faizal Bin Sawardi Lukman.

Program latihan ini disertai oleh seluruh staf Perpustakaan UiTM bagi memperkukuh kecekapan mereka dalam mengendalikan sistem PERMATA. Dengan peningkatan keupayaan teknologi ini, diharapkan operasi perpustakaan dapat dijalankan dengan lebih efisien, selaras dengan tuntutan era digital yang semakin berkembang pesat.

Usaha ini sejajar dengan komitmen UiTM dalam menerajui inovasi digital dan memastikan perkhidmatan perpustakaan terus relevan dan berdaya saing. Semoga inisiatif ini memberikan manfaat besar kepada seluruh komuniti akademik UiTM dan memperkukuhkan ekosistem pembelajaran serta penyelidikan universiti.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.