Library News

Program UiTM Johor Membaca

Program UiTM Johor Membaca

Segamat, 19 Mac 2025 – Program UiTM Johor Membaca telah berjaya dianjurkan di CGS Trading Room hari ini dengan penyertaan seramai 36 warga UiTM Johor. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga kampus, selaras dengan saranan Rektor UiTM Johor semasa Amanat Rektor 2025.

Sepanjang program berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, peserta meluangkan masa membaca bahan pilihan masing-masing dalam suasana yang kondusif. Selain itu, dua sesi penerangan turut diadakan bagi memperkenalkan kemudahan perpustakaan digital yang tersedia untuk warga UiTM Johor.

Penceramah pertama, Puan Norme Haji Saleh (Pembantu Pustakawan Kanan), menerangkan tentang kemudahan pinjaman buku secara dalam talian melalui sistem eLibs, yang membolehkan pengguna mengakses bahan bacaan dari mana-mana lokasi. Seterusnya, Puan Noredayu Rosli (Pustakawan Kanan) memberikan penerangan mengenai My Reading List dalam sistem PERMATA, yang membantu pengguna mengurus bahan bacaan mereka secara lebih sistematik.

Program ini mendapat sambutan positif daripada peserta yang menyifatkannya sebagai satu langkah proaktif dalam memperkukuhkan budaya membaca dan literasi digital di kalangan warga universiti. Diharapkan inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan UiTM Johor terus menjadi institusi yang mendukung budaya ilmu.

Pautan hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.