Library News

Majlis Iftar bersama Perpustakaan Tun Dr. Ismail

Majlis Iftar bersama Perpustakaan Tun Dr. Ismail

Segamat, 18 Mac 2025 – Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan keberkatan. Majlis ini dihadiri oleh warga PTDI bersama ahli keluarga masing-masing, yang turut mengambil peluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Majlis dimulakan pada jam 7:00 malam dengan bacaan Yassin secara berjemaah, sempena Sambutan Hari Nuzul Al-Quran. Seterusnya, mereka menunaikan solat Maghrib secara berjemaah sebelum menikmati juadah berbuka puasa yang telah disediakan.

Suasana majlis yang harmoni serta penuh kemesraan mencerminkan nilai kebersamaan dan ukhuwah yang erat di kalangan warga PTDI. Selain daripada menikmati hidangan bersama, majlis ini juga menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan dalam kalangan staf PTDI.

Program seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu inisiatif untuk menyuburkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga perpustakaan serta mencipta kenangan indah dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Pautan hebahan media sosial : media sosial

 

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.