17 Mac 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Program Hikmah Al-Quran sempena sambutan Nuzul Al-Quran 1446H. Program ini telah berlangsung di Ruang LCE, Perpustakaan Sultan Badlishah serta disiarkan secara dalam talian menerusi platform YouTube rasmi Perpustakaan Sultan Badlishah.
Program yang diadakan pada 17 Mac 2025 (Ahad), jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi ini menampilkan Al-Fadhil Ustaz Ahmad Afiq Irshad, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Kedah, sebagai penceramah jemputan. Kehadiran warga Perpustakaan Sultan Badlishah telah memeriahkan lagi program ini.
Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memberikan ruang kepada peserta bagi mendalami pengajaran dan hikmah yang terkandung dalam Al-Quran. Melalui sesi perkongsian yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Afiq Irshad, para peserta berpeluang memahami dengan lebih mendalam ayat-ayat suci Al-Quran serta aplikasinya dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini diharapkan dapat menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan warga kampus.
Dengan adanya program seperti ini, Perpustakaan Sultan Badlishah terus komited dalam menyebarluaskan ilmu dan mengukuhkan nilai-nilai Islam dalam kalangan warga UiTM. Semoga manfaat daripada program ini dapat diamalkan dalam kehidupan seharian serta meningkatkan kefahaman mengenai keindahan dan hikmah yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran.