Library News

Program Sinergi Ilmu: Penurunan Al-Quran

16 Mac 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Program Sinergi Ilmu bertajuk "Penurunan Al-Quran" yang berlangsung pada 16 Mac 2025 dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini disiarkan secara langsung melalui platform YouTube Perpustakaan Sultan Badlishah dan disertai oleh warga staf pentadbiran serta akademik UiTM Cawangan Kedah.

Program ini menampilkan Al-Fadhil Ustaz Muhammad Saiful Islami Bin Mohd Taher, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Kedah, sebagai penceramah jemputan. Beliau berkongsi ilmu mengenai sejarah penurunan Al-Quran, kepentingannya dalam kehidupan seharian, serta kaedah untuk memperkukuh penghayatan terhadap kitab suci ini.

Objektif utama program ini adalah untuk menambah pengetahuan tentang Nuzul Al-Quran dan memupuk rasa cinta dalam kalangan peserta untuk membaca serta menghayati Al-Quran, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Program ini turut diadakan sempena meraikan Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 17 Ramadan 1446H.

Pihak perpustakaan berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta mendorong mereka untuk terus mendalami ilmu agama dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Tags: , ,

Please publish modules in offcanvas position.