Library News

PTAR Rangkul Tempat Kedua Kategori Transformasi Digital sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Prestasi Universiti (AKPU2024)

14 Mac 2025 | 13 Ramadan 1446H

Bandar Enstek, Negeri Sembilan – Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencatat kejayaan membanggakan apabila merangkul tempat kedua dalam Kategori Transformasi Digital sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Prestasi Universiti (AKPU2024). Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Transformasi Universiti dan Pejabat Naib Canselor ini berlangsung di Institute of Leadership and Development (ILD) UiTM.

Kejayaan ini membuktikan komitmen Perpustakaan UiTM dalam memperkasakan budaya ilmu melalui inovasi dan transformasi digital. Pencapaian ini juga menjadi bukti pengiktirafan terhadap usaha berterusan warga perpustakaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik serta menyokong agenda pendigitalan UiTM.

“Kami berbangga dengan pengiktirafan ini yang menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan memperluaskan manfaat kepada komuniti UiTM dan masyarakat umum,” ujar Ketua Pustakawan UiTM, Ts. Hj. Azizi Bin Jantan.

Dengan semangat istiqamah dan inovasi yang berterusan, Perpustakaan UiTM berhasrat untuk terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ilmu pengetahuan melalui platform digital yang canggih. Insya-Allah.

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.