Library News

Speaker’s Corner: Majlis Raja-Raja Tunggak Kedaulatan Negara

12 Mac 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan program Speaker Corner bertajuk “Majlis Raja-Raja Tunggak Kedaulatan Negara” bagi memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai peranan dan fungsi Majlis Raja-Raja dalam sistem pemerintahan Malaysia. Program ini berlangsung di Ruang LCE, Perpustakaan Sultan Badlishah dan turut disiarkan secara langsung di platform YouTube rasmi perpustakaan.

Program yang diadakan pada 12 Mac 2025 (Rabu) bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi ini menampilkan Prof. Madya Ts. Dr. Asmadi Mohammed Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Adiwangsa, sebagai penceramah utama. Beliau berkongsi pandangan serta analisis mendalam mengenai peranan Majlis Raja-Raja dalam mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara, selain membincangkan aspek sejarah dan kepentingan institusi beraja dalam sistem pentadbiran Malaysia.

Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan UiTM Cawangan Kedah yang hadir secara fizikal mahupun secara dalam talian. Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh pemahaman mengenai sistem pemerintahan negara serta menghargai peranan Majlis Raja-Raja sebagai institusi tertinggi dalam memastikan kestabilan dan kesejahteraan Malaysia.

Menurut pihak penganjur, program seumpama ini akan terus diadakan pada masa hadapan dengan pelbagai topik yang berkaitan dengan sejarah, perlembagaan, serta perkembangan semasa negara bagi memperkayakan ilmu dan kesedaran dalam kalangan warga akademik.

Tags: , ,

Please publish modules in offcanvas position.