Library News

Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod & Arkib bersama Perpustakaan Tun Dr. Ismail

Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod & Arkib bersama Perpustakaan Tun Dr. Ismail

SEGAMAT, 13 Mac 2025 – Unit Arkib Cawangan UiTM Johor telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pengurusan Rekod & Arkib bertempat di CGS Trading Room, PTDI 1. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga PTDI mengenai pengurusan rekod dan arkib secara sistematik bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran dokumen dan maklumat rasmi.

Sesi yang berlangsung dari jam 3:30 petang hingga 4:30 petang ini menampilkan dua penceramah utama. Puan Siti Rozana Mat Sanat, Pustakawan Kanan, menyampaikan penerangan komprehensif berkaitan pelbagai aspek pengurusan rekod seperti pelupusan rekod, pelantikan pengurus rekod, klasifikasi fail, dan perkhidmatan arkib. Beliau menekankan bahawa fokus utama tahun 2025 adalah pelaksanaan proses pelupusan rekod secara lebih sistematik dan efisien. Sesi ini turut dibantu oleh Cik Amira Suhada Mazlan, Pembantu Pustakawan.

Turut memberi penerangan ialah Encik Mohd Azmi Samsuri, Pembantu Pustakawan Kanan, yang menjelaskan mengenai perkhidmatan jilid yang ditawarkan di PTDI. Beliau menegaskan kepentingan penyusunan dan penjilidan dokumen rasmi bagi memastikan penyimpanan maklumat yang lebih tersusun serta mudah diakses pada masa hadapan.

Sesi libat urus ini mendapat sambutan baik daripada wakil PTDI yang hadir, dengan pelbagai soalan dan perbincangan yang produktif. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan bagi memperkukuhkan sistem pengurusan rekod di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat serta memastikan pematuhan kepada dasar dan prosedur yang ditetapkan.

Hebahan media sosial : media sosial

Tags: ,

Please publish modules in offcanvas position.