19 Disember 2024 – Dalam usaha memperkasa literasi maklumat dalam kalangan pelajar, seramai 27 pelajar Semester 5 dari program Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menghadiri kelas Literasi Maklumat: Modul Introduction to Electronic Resources.
Kelas interaktif ini, yang berlangsung selama dua jam, dikendalikan oleh Puan Hanani Rojikin, Pustakawan Kanan PTAR Undang-Undang. Modul ini memberi tumpuan kepada penguasaan teknik pencarian artikel dan penggunaan sumber rujukan digital secara efisien melalui perpustakaan digital UiTM.
Menurut salah seorang peserta, modul ini memberikan pendedahan berharga kepada pelajar dalam memahami dan menggunakan maklumat secara profesional serta beretika. Penglibatan ini juga diharapkan dapat melahirkan generasi celik maklumat yang mampu memenuhi tuntutan era digital.
Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif UiTM dalam mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran dalam dunia akademik dan pekerjaan yang semakin kompleks dan bergantung kepada teknologi maklumat.
Pelajar yang terlibat kini lebih yakin untuk menyelami dunia maklumat digital, sekali gus menjadikan mereka lebih bersedia menghadapi cabaran global.|