Program Collaborative Teaching yang diadakan di Perpustakaan Tun Abdul Razak Kampus Puncak Alam bersama dengan Fakulti Pengurusan Maklumat, Puncak Perdana, pada 17 hingga 20 Disember 2024, merupakan suatu inisiatif penting untuk memperkukuhkan ilmu secara praktikal dengan pelajar dan tenaga pengajar dalam mencipta pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan berkesan. Program ini bukan hanya memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari teori dan amalan dalam bidang pengurusan maklumat, tetapi juga menggalakkan kerjasama antara pelajar dengan dua orang tenaga pengajar yang berpengalaman, iaitu Mohd Sarapi Samah dan Ahmad Sukri Zahari.
Library News
- PTAR Puncak Alam
- News
- Hits: 19