22 Jamadilakhir 1446H | 24 Disember 2024
SHAH ALAM: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM sekali lagi mencipta sejarah dengan mencatat pelbagai kejayaan gemilang dalam Majlis Kemuncak Bulan Inovasi Dan Kualiti UiTM 2024 dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) UiTM Shah Alam dan Cawangan Selangor Tahun 2023 yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) .
Kejayaan ini membuktikan dedikasi dan usaha gigih seluruh warga PTAR dalam memastikan kecemerlangan berterusan di peringkat universiti dan nasional.
Anugerah Kecemerlangan Operasi PTAR meraih beberapa pengiktirafan penting, antaranya:
- Poster Terbaik Pengurusan Bakat Staf PTAR
- Saguhati Pengurusan Bakat Staf PTAR
- Saguhati Pengurusan Teks Penuh Bahan Harta Intelek UiTM
Anugerah Kualiti Naib Canselor PTAR turut mengungguli kategori-kategori berikut:
- Bidang Tumpuan Penyampaian Perkhidmatan
- Kriteria Kepimpinan
- Juara Kategori Bahagian/Pusat/Unit
Tidak ketinggalan, pasukan Kumpulan C-Lite dari PTAR Cawangan Melaka turut membawa pulang anugerah Johan Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) atas usaha inovatif mereka.
Pengarah PTAR mengucapkan syabas kepada semua penerima anugerah atas pencapaian luar biasa ini. Menurutnya, “Kejayaan ini adalah bukti kekuatan semangat inovasi dan dedikasi setiap individu yang terus berusaha untuk mengangkat nama PTAR di persada kecemerlangan.”
Dengan pengiktirafan ini, PTAR bertekad untuk terus memperkukuhkan usaha dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan menyumbang kepada transformasi UiTM ke arah universiti bertaraf dunia.
Tahniah dan syabas, PTAR!