Sunday, 20 Jamadilakhir 1446
Sunday, 22 December 2024

Library News

Sesi Meet & Greet with Faculty (Fakulti Sains Pentadbiran Awam & Pengajian Polisi, Fakulti Sains Komputer dan Fakulti Pengurusan Pelancongan)

Sesi Meet & Greet with Faculty (Fakulti Sains Pentadbiran Awam & Pengajian Polisi, Fakulti Sains Komputer dan Fakulti Pengurusan Pelancongan)

22 November 2024 | 20 Jamadilawal 1446 H, PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah membuat satu Sesi Meet & Greet With Faculty bersama Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran Awam & Pengajian Polisi, Fakulti Sains Komputer dan Fakulti Pengurusan Pelancongan Kampus Samarahan 2. Program ini diketuai oleh Encik Abang Mohd Farizan Abang Yakup (Pustakawan Kanan), Encik Khairil Bahrom Rosli (Pustakawan), Puan Khairunniqmah Othman (Pustakawan), Encik Mohamad Ismail Bolia (Pembantu Pustakawan Tertinggi) dan Puan Norhayati Ramin (Pembantu Pustakawan Kanan) dan program ini dihadiri oleh 3 Orang pensyarah dari Ketua Pusat Pengajian Sains Pentadbiran Awam dan Pengajian Polisi, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Komputer dan Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan Pelancong pada hari tersebut.
Tarikh: 22 November 2024 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Seminar, PTAR Kampus Samarahan 2
Tujuan sesi meet and greet ini adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan Ketua Pusat Pengajian Sains Pentadbiran Awam dan Pengajian Polisi, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Komputer dan Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan Pelancong, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2. Disamping itu sesi meet & greet ini juga mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan membincangkan serta mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan. Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan Sains Pentadbiran Awam dan Pengajian Polisi, Fakulti Sains Komputer dan Fakulti Pengurusan Pelancong UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2.
Semoga sesi ini dapat menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 dalam membangunkan pembudayaan ilmu UiTM sebagai sebuah organisasi pembelajaran (Learning Organisation) buat semua warga UiTM.
Sebarang pertanyaan, hubungi kami :
Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/
.
.
.
Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak :
FB Page : PtarSarawak
IG : ptar_sarawak
X : Lib.UiTM Sarawak
Youtube Channel : PTAR Production
Tags:

Please publish modules in offcanvas position.