Library News

Kelas Kemahiran Maklumat: LMS102 Online Database for Literature

Shah Alam, 29 November- Program Kelas Kemahiran Maklumat: LMS 102 Online Database for Literature telah berjaya diadakan pada 29 November 2024, bertempat di Dewan Kuliah E, Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Shah Alam. Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar semester 7 kepada kaedah mencari dan menggunakan pangkalan data dalam talian yang relevan dengan kajian literatur.

Sepanjang program ini berlangsung, peserta diberi pendedahan menyeluruh mengenai teknik pencarian maklumat yang berkesan serta panduan untuk memanfaatkan sumber-sumber akademik secara optimum. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dengan kehadiran peserta yang aktif dan bersemangat sepanjang sesi. Disamping itu juga, para pelajar yang berjaya menjawab soalan sepanjang sesi soal jawab berlangsung telah diberikan cenderhati oleh pihak PTAR Kejuruteraan.

 

 

 

Tags: ,

Contact Us

Corporate Communication Unit
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  +603 5544 3793 | Consultation Services
  +603 5544 3716 | Customer Services
  +603 5544 3735 | Corporate Unit
  korporatptar@uitm.edu.my
  Join Channel - @uitmlibrary
  Click here to view QR Code
  Facebook Chief Librarian
 

Please publish modules in offcanvas position.