Sunday, 20 Jamadilakhir 1446
Sunday, 22 December 2024

Library News

LIBAT URUS PENGURUSAN REKOD DAN ARKIB BERSAMA BAHAGIAN PEJABAT BENDAHARI

25 November 2024, Kedah – Unit Arkib UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Program Libat Urus Pengurusan Rekod dan Arkib yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama UiTM Cawangan Kedah pada 25 November 2024. Program ini diadakan selari dengan hala tuju Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM 2024, khususnya dalam mencapai PI 2: Bilangan Libat Urus Pengurusan Rekod.

Program yang bermula pada jam 10:00 pagi dan berakhir pada 12:30 tengah hari ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Pusat Tanggungjawab Jabatan (PTJ) UiTM Cawangan Kedah. Penceramah jemputan, Puan Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan, Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah, telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau dalam bidang pengurusan rekod dan arkib.

Tujuan utama program ini adalah untuk mengadakan pertemuan dan rundingan dengan kumpulan sasar iaitu PTJ UiTM Cawangan Kedah. Melalui perjumpaan rasmi secara bersemuka ini, peserta berpeluang untuk mendapatkan penjelasan lanjut serta mengemukakan soalan berkaitan pengurusan rekod dan arkib.

Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab yang interaktif, di mana para peserta dapat berinteraksi secara langsung dengan penceramah dan mendapatkan maklum balas yang konstruktif. Diharapkan program ini dapat meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam pengurusan rekod dan arkib, seterusnya menyumbang kepada pencapaian objektif strategik Perpustakaan UiTM.

Tags: , ,

Please publish modules in offcanvas position.