Pengurusan rekod yang baik dan berintegriti merupakan asas kepada sistem pentadbiran yang cekap, telus dan bertanggungjawab. Rekod bukan sekadar dokumen rasmi, tetapi warisan sejarah yang menyimpan jejak keputusan, dasar dan tindakan sesebuah organisasi. Tanpa pengurusan yang sistematik dan etika yang kukuh, rekod boleh disalah guna, hilang atau musnah yang mana boleh menjejaskan integriti organisasi.
Secara amnya, program ini diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman warga UiTM berkaitan kepentingan integriti dalam pengurusan rekod, sejajar dengan prinsip tadbir urus cekap dan pematuhan kepada akta,dasar serta pekeliling berkaitan.