Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka meneruskan siri Bicara Buku Bersama Penulis
Kali ini, kita akan menelusuri buku ‘Alumni Cemerlang Kolej Komuniti’ karya Dr. Ahmad Rosli bin Mohd Nor, Buku ini mengetengahkan kisah kejayaan alumni Kolej Komuniti yang telah mencapai taraf berpendapatan tinggi melalui perancangan kerjaya yang berkesan. Ia merangkumi aspek penting seperti perancangan kerjaya, penerokaan dunia pekerjaan, membuat keputusan kerjaya, kompromi, dan pemantapan kerohanian dalam laluan kerjaya mereka.
Kemudi :
Ustaz Zulhafizie bin Samsol
Penolong Pendaftar
Unit Hal Ehwal Islam
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Bandaraya Melaka
Wacana :
Dr. Ahmad Rosli bin Mohd Nor
Pensyarah Kanan
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
UiTM Cawangan Melaka
Kampus Bandaraya Melaka
Tarikh: 10 Oktober 2025 | Jumaat
Masa: 8:30 pagi