Kunjungan Delegasi Universitas Internasional Batam ke PTAR Undang-Undang (PTUU)

9 Julai 2026 | PTAR Undang-Undang, UiTM Shah Alam
Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang (PTUU) telah menerima kunjungan akademik daripada delegasi Universitas Internasional Batam (UIB), Indonesia yang melibatkan seramai 37 orang terdiri daripada ahli akademik, pentadbir dan pelajar.
Kunjungan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ketua PTAR Undang-Undang sebelum para delegasi dibawa melawat sekitar perpustakaan bagi meninjau kemudahan, ruang pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan kepada warga universiti.

Sepanjang lawatan, para delegasi berpeluang melihat pelbagai inisiatif dan kemudahan yang menyokong pembelajaran, penyelidikan serta penyampaian perkhidmatan perpustakaan. Mereka turut melahirkan rasa teruja dan kagum terhadap persekitaran pembelajaran yang kondusif, kemudahan moden serta perkhidmatan yang berkualiti di PTAR Undang-Undang.
Kunjungan ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan strategik antara UiTM dan Universitas Internasional Batam, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada perkongsian ilmu, amalan terbaik serta kerjasama akademik yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.

PTAR Undang-Undang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada delegasi Universitas Internasional Batam atas kunjungan yang bermakna dan berharap jalinan kerjasama ini akan terus diperkasakan pada masa hadapan.

Masnida Hanim Che Mahmood PTAR Shah Alam

Leave a Reply