6 APRIL 2025: Unit Arkib Cawangan Perak telah menerima rekod penting universiti daripada Fakulti Alam Bina (Jabatan Ukur Bahan), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seri Iskandar pada 11 Februari 2026 jam 10.30 pagi, bertempat di Unit Arkib Cawangan Perak. Sebanyak 559 fail pelajar yang telah melepasi tempoh simpanan aktif iaitu lebih daripada lima (5) tahun selepas tamat pengajian dan seterusnya layak dipindahkan ke Unit Arkib Cawangan untuk tujuan pemeliharaan dan rujukan.
Proses penerimaan rekod ini dilaksanakan secara sistematik merangkumi semakan, pengesahan serta pendaftaran dokumen bagi memastikan ketulenan, kelengkapan dan keselamatan bahan arkib terpelihara. Seterusnya, Unit Arkib Cawangan Perak akan melaksanakan proses muat naik maklumat fail ke dalam sistem Archive Management System bagi memudahkan pengurusan serta capaian rekod secara lebih efisien dan teratur.
Pencarian maklumat berkaitan rekod ini boleh dibuat melalui kemudahan Online Finding Archive UiTM dan permohonan rujukan adalah tertakluk kepada akses terhad kepada warga kampus. Pelaksanaan proses penerimaan rekod penting ini bukan sahaja menyokong keperluan pengurusan rekod yang berkesan, malah turut menjamin kebolehpercayaan maklumat pelajar serta memenuhi keperluan audit, rujukan rasmi dan pemeliharaan rekod universiti secara berterusan.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar