19 Januari 2026: Pada 9 Disember 2025, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menerima kunjungan hormat delegasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2025/26. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara PTAR dan MPP di samping membincangkan potensi kolaborasi dalam pelbagai inisiatif berkaitan perkhidmatan perpustakaan, pembangunan pelajar serta sokongan akademik.
Pertemuan tersebut telah membuka ruang kepada sesi perbincangan dan perkongsian idea yang konstruktif termasuk penyampaian maklum balas serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengalaman pengguna perpustakaan dalam kalangan mahasiswa UiTM.
PTAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan serta kesudian pihak MPP meluangkan masa untuk sesi pertemuan ini. Diharapkan hubungan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuh demi manfaat dan kesejahteraan warga kampus secara keseluruhan.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar