21 Januari 2026: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan Program Speed Reading pada 11 Disember 2025 bersamaan 20 Jamadilakhir 1447H bertempat di Library Community Engagement, PTAR. Bengkel yang berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Azhari bin Maarop, Pembantu Pustakawan Kanan bersama Encik Akhimulah Azmi, Pembantu Pustakawan. Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkenalkan teknik membaca pantas dan berkesan bagi membantu pelajar meningkatkan tahap kefahaman serta kecekapan dalam pengurusan masa pembacaan akademik.
Program ini telah disertai oleh seramai 19 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah (Kepujian). Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan dengan konsep dan teknik speed reading secara teori dan praktikal di samping pengisian aktiviti interaktif yang membolehkan pelajar mencuba serta mempraktikkan teknik membaca pantas yang dipelajari secara langsung.
Penganjuran Program Speed Reading ini diharapkan dapat memberikan manfaat berterusan kepada para pelajar dalam meningkatkan kecekapan pembelajaran serta menyokong pembentukan budaya pembelajaran yang lebih efektif dan produktif di UiTM. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.






Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar