Up Skilling Information Literacy: Mastering Online Database

MELAKA, 24 Jun 2026 – Seksyen Literasi Maklumat, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Program Up Skilling Information Literacy: Mastering Online Database secara dalam talian menerusi platform Google Meet.

Sesi perkongsian yang disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Timbalan Ketua Pustakawan (M)(KUP), PTAR UiTM Cawangan Melaka telah memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kaedah mengakses artikel akademik berasaskan Sustainable Development Goals (SDG) melalui kemudahan pangkalan data digital UiTM. Peserta turut didedahkan dengan strategi pencarian maklumat yang sistematik, pemilihan kata kunci yang berkesan serta teknik mengoptimumkan penggunaan sumber ilmiah dalam talian.

Peserta berpeluang mengaplikasikan teknik pencarian maklumat, mengenal pasti artikel akademik yang relevan serta menilai kredibiliti sumber bagi menyokong keperluan pembelajaran dan penyelidikan. Program ini secara tidak langsung memperkukuh keupayaan peserta dalam mengurus, menilai dan memanfaatkan maklumat digital secara berkesan, sekali gus menyokong pembudayaan ilmu serta kecemerlangan akademik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cik Hazlin Ibrahim Khan atas perkongsian kepakaran, komitmen dan dedikasi dalam menjayakan sesi ini. Penghargaan turut diberikan kepada Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Melaka atas sokongan dan kerjasama strategik yang menyumbang kepada kelancaran pelaksanaan program.

PTAR UiTM Cawangan Melaka — Membudayakan Ilmu, Memacu Kecemerlangan.

Sekitar program sedang dijalankan

Ditulis oleh: Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply