Kunjungan Tun Datuk Seri Panglima Richard Malanjum ke PTAR Undang-Undang UiTM

SHAH ALAM, 22 Jun 2026 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menerima kunjungan hormat daripada mantan Ketua Hakim Negara kesembilan, Tun Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, sempena penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum Pelajar (MAKP) oleh Fakulti Undang-Undang UiTM.


Dalam lawatan tersebut, Tun Datuk Seri Panglima Richard Malanjum telah meluangkan masa menggunakan kemudahan yang disediakan di PTAR Undang-Undang, termasuk ruang Library Community Engagement (LCE) dan ruang santai yang menjadi antara tarikan utama perpustakaan dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan mesra pengguna.
Turut hadir mengiringi beliau sepanjang sesi santai di ruang LCE ialah Prof. Dr. Hartini Saripan selaku Penasihat Undang-Undang UiTM, Prof. Madya Dr. Nur Ezan Rahmat selaku Dekan Fakulti Undang-Undang, barisan Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang serta Ketua PTAR Undang-Undang.


Kunjungan ini mencerminkan hubungan erat antara institusi kehakiman, akademia dan perpustakaan dalam menyokong kecemerlangan pendidikan undang-undang. Kehadiran tokoh perundangan negara seperti Tun Datuk Seri Panglima Richard Malanjum turut memberikan inspirasi kepada warga fakulti dan para pelajar untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Lawatan tersebut juga memberi peluang kepada para tetamu untuk melihat sendiri kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang disediakan oleh PTAR Undang-Undang dalam menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM.

Masnida Hanim Che Mahmood PTAR Shah Alam

Leave a Reply