PROGRAM SPEED READING BERSAMA PELAJAR MRSM PASIR SALAK

21 Januari 2026: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah mengadakan Program Speed Reading bersama pelajar MRSM Pasir Salak, bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Program ini melibatkan penyertaan seramai 80 orang pelajar MRSM Pasir Salak dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca pantas serta kefahaman bacaan dalam kalangan pelajar sebagai persediaan menghadapi keperluan pembelajaran yang lebih berkesan.

Program ini telah dikendalikan oleh Puan Syarifah Hanisah binti Syed Mokhtarruddin, Pembantu Pustakawan Kanan bersama Encik Akhimulah Azmi, Pembantu Pustakawan. Sepanjang pelaksanaan program, para peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik asas speed reading melalui penerangan teori dan latihan praktikal yang memberi penekanan kepada peningkatan fokus, kelajuan membaca dan pemahaman isi kandungan.

Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat memberikan manfaat berterusan serta menyokong kecemerlangan akademik pelajar. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply