Pengambilan Buku Sumbangan Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham di Jeram, Kuala Selangor

Jeram, Kuala Selangor, 7 Januari 2026 – Sebanyak 100 kotak buku yang mengandungi lebih 1,000 naskhah hasil sumbangan YBhg. Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham, Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, telah berjaya diambil dari Jeram, Kuala Selangor untuk diserahkan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), baru-baru ini.

Operasi pengambilan buku tersebut telah diketuai oleh Encik Abdul Razak Abdul Rahman dengan bantuan empat orang petugas, iaitu Encik Muhammad Nazri bin Azli, Encik Remie bin Salleh Udin, Encik Mohammad Faiz bin Pakir Mohamad dan Encik Mohamad Salim bin Ali. Kesemua buku dipindahkan dengan selamat dan teratur sepanjang operasi tersebut.

Setibanya di Perpustakaan Tun Abdul Razak Undang-Undang (PTUU), semua 100 kotak buku telah diangkat dan disusun dengan kerjasama enam orang kakitangan perpustakaan, iaitu Encik Muhammad Nur Azri bin Salmi, Encik Herman bin Tanbeh, Encik Md Haizar bin Jamian, Encik Khairil Isrun bin Abdullah Sani, Encik Zulfadhli bin Sihat dan Mohd Sihabudin bin Che Ishak @ Ramli. Proses pemindahan dan penyusunan berjalan dengan lancar dan teratur.

Sumbangan buku-buku ini memberikan nilai tambah yang signifikan kepada koleksi PTAR, khususnya dalam memperkaya sumber rujukan akademik dan bahan bacaan ilmiah dalam bidang undang-undang untuk kegunaan pelajar dan penyelidik.

Pihak PTAR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham atas sumbangan yang amat berharga ini, serta kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan proses pengambilan dan penyerahan buku tersebut.

Masnida Hanim Che Mahmood PTAR Shah Alam

Leave a Reply