8 Oktober 2025, Rabu – Sempena dengan program “Perjumpaan Pelajar Baharu Pascasiswazah Bersama Dekan, Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua Pusat Pengajian Siswazah, Koordinator Siswazah Dan Ketua Bahagian Hal Ehwal Akademik, Fakulti Perladangan Dan Agroteknologi (FPA) anjuran Pusat Pengajian Pasca Siswazah Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah dijemput untuk memberikan taklimat kepada pelajar Pasca Siswazah Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Sesi bersama PTAR Kampus Jasin bermula pada jam 10.10 pagi secara atas talian (Google Meet).
Taklimat telah disampaikan oleh En. Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan di PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan tentang Information Literacy, perkhidmatan perpustakaan digital, PTAR Mobile App, PERMATA Search, teknik pencarian maklumat yang berkesan kepada para pelajar Pasca Siswazah Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) di UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.
Semoga dengan adanya taklimat seperti ini, dapat mempromosikan PTAR UiTM di kalangan para pelajar baharu agar mereka dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di PTAR dalam mencari bahan penyelidikan, pembelajaran dan rujukan sebaiknya.





Follow & Like Us:
PTAR UiTM Cawangan Melaka
https://linktr.ee/ptaruitmmelaka
Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin