Program Lawatan Akademik MITS ke PTAR

1 Disember 2025 | 10 Jamadilakhir 1447H

PTAR UiTM Shah Alam berbesar hati menerima kunjungan daripada Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Bagan Terap, Sabak Bernam pada pagi ini. Lawatan ini diselaraskan oleh Dr. Mohamad Nor Amin bin Samsun Baharun, Pensyarah di Akademi Pengajian Bahasa (APB), UiTM.

Seramai 107 peserta terdiri daripada pelajar dan guru pengiring telah dibawa menelusuri kemudahan serta perkhidmatan PTAR melalui sesi lawatan berpandu.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal mengenai dunia perpustakaan universiti serta menyuntik inspirasi kepada para pelajar MITS untuk mencapai kecemerlangan akademik hingga ke menara gading.

Terima kasih kepada pihak APB dan MITS atas kunjungan bermakna ini!

Amirul Desa Jabatan Perpustakaan

Leave a Reply