CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ: SIGNIFIKAN DAN IMPAK DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM

Pada 24 Januari 2025 (Jumaat) satu ceramah ilmiah telah dianjurkan bersempena dengan sambutan Israk dan Mikraj 1446H, bertujuan menghayati serta memahami hikmah di sebalik peristiwa agung yang menjadi bukti kebesaran Allah SWT. Program ini dijalankan di Ruang LCE, PTAR UiTM Cawangan Sabah dengan penyertaan seramai 78 warga universiti secara fizikal.

Objektif ceramah ini adalah untuk:

  • Menghayati peristiwa Israk dan Mikraj serta kepentingannya dalam kehidupan umat Islam.
  • Meningkatkan keimanan dan ketakwaan melalui pemahaman terhadap tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
  • Meneladani akhlak Rasulullah SAW dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
  • Menekankan kepentingan solat sebagai anugerah utama daripada peristiwa Mikraj dan tiang agama Islam.
  • Menyedarkan umat Islam tentang akhirat, serta mengingatkan kepentingan beramal kebajikan dan menjauhi maksiat.
  • Mengukuhkan ukhuwah Islamiah melalui penghayatan kisah Israk dan Mikraj.

Penganjuran ceramah ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga universiti untuk menimba ilmu dan memperkukuh keimanan, malah turut mempererat hubungan silaturrahim dalam kalangan peserta. Semoga pengisian ini memberi manfaat dan menjadi peringatan agar kita terus istiqamah dalam meningkatkan ketaatan kepada Allah SWT.

Editor : Sharmila Binti Tawakkal, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR Sabah

Avatar photo
Marlia binti Yuming PTAR Kota Kinabalu Sabah

Leave a Reply