NATURE DETECTIVE: Future Scientist in Action (Day 2)
7 Oktober 2025
Hutan Pembelajaran & Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka
Siri kedua Nature Detective diteruskan dengan penuh semangat apabila pelajar Sekolah Menengah dari Daerah Temerloh dan Bera membanjiri kawasan Hutan Pembelajaran UiTM Pahang seawal pagi! ![]()
![]()
Dengan wajah ceria dan rasa ingin tahu yang tinggi, mereka menyertai pelbagai aktiviti berasaskan alam yang menggabungkan pembelajaran, eksplorasi dan pengalaman sebenar di lapangan. ![]()
![]()
Suasana sepanjang program begitu meriah dimana peserta saling bekerjasama, bertukar pandangan dan memerhati keindahan alam dari perspektif saintifik dan kreatif. Setiap detik dipenuhi dengan gelak tawa, perbualan ilmiah, dan rasa kagum terhadap biodiversiti yang terdapat di persekitaran kampus UiTM Pahang. ![]()
![]()
Lebih bermakna, peserta bukan sekadar membawa pulang ilmu baharu, tetapi juga pengalaman berharga tentang kerja berpasukan, pemerhatian, dan kepentingan menjaga kelestarian alam. ![]()
![]()












Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan