MAJLIS PENUTUP KARNIVAL ILMU PERPUSTAKAAN AL-BUKHARI

Majlis Penutup Karnival Ilmu@PAB 2025 anjuran Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah berlangsung dengan penuh meriah pada 14 Oktober 2025 bertempat di Kampus Jengka. Majlis ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Nazirah binti Ramli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTM Cawangan Pahang.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Jawatankuasa Kepimpinan Eksekutif Negeri (JKEN) UiTM Cawangan Pahang, warga perpustakaan serta pelajar-pelajar yang terlibat sepanjang karnival berlangsung. Majlis turut diserikan dengan gimik perasmian penutupan yang kreatif dan simbolik, menandakan berakhirnya penganjuran Karnival Ilmu@PAB 2025 yang berlangsung dari 2 hingga 15 Oktober 2025.

Gimik tersebut mencerminkan semangat ilmu dan perpaduan warga kampus dalam menjayakan pelbagai program ilmiah yang telah diadakan sepanjang tempoh karnival. Dalam majlis berkenaan, Prof. Madya Dr. Nazirah turut berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang Program Bulan Kemerdekaan dan Karnival Ilmu, sebagai tanda penghargaan atas penyertaan dan usaha semua pihak.

Antara kategori yang diraikan bagi Program Merdeka@PAB ialah:

Khazanah Alam Campus Challenge 2.0 (KACC 2.0) 🏆 Most Observation 🏆 Most Species Identified Mohd Ismail bin Zainudin, Pembantu Pustakawan Kanan, Bahagian Perpustakaan Al-Bukhari

Celik Jawi: Moh Kita!

Kategori Individu:

i. Norhadfizan bin Mahbob – Makmal Sains (Kimia)

ii. Siti Nur Fatiha binti Mamat – Bahagian Pentadbiran

iii. Norasidah binti Haron – Makmal Sains (Fizik)

Kategori Kumpulan:

i. Tawakal

ii. Sibawayh

iii. Merbau

Suara Merdeka: Coretan Warga Malaysia

i. Nurhazwani binti Izam – Pelajar Praktikal, Perpustakaan Al-Bukhari

ii. Anita binti Abu Kassim – Pegawai Psikologi Kanan, Unit Psikologi dan Kaunseling

iii. Shamsudin bin Ismail – Pegawai Pertanian, Unit Perladangan.

Selain itu, penyampaian hadiah turut diberikan kepada pemenang bagi Program Karnival Ilmu, yang melibatkan beberapa kategori menarik seperti:

1. Pertandingan Khat

1.Mohd Aizat bin Sarbani (Fakulti Sains Gunaan)

2.Amira Husna binti Anuar (Fakulti Sains Gunaan)

3.Nur Khaima Aqma binti Anuar (Fakulti Pengurusan Perniagaan)

2. Anugerah Pengurusan Rekod Terbaik UiTM Cawangan Pahang 2025 Puan Intan Mariana binti Ahmad Taupek, Kerani Kanan, Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA).

Majlis penutup ini bukan sahaja menandakan berakhirnya siri program sepanjang karnival, malah menjadi lambang penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Karnival Ilmu@PAB 2025, selaras dengan matlamat Perpustakaan Al-Bukhari untuk terus menyemarakkan budaya ilmu di kalangan warga kampus. 

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply