Workshop AI Made Simple 2.0

Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Pahang telah berjaya menganjurkan Workshop: AI Made Simple 2.0 pada

Tarikh : 23 September 2025 (Selasa) bertempat di IT Room 1, Perpustakaan Al-Bukhari.

Bengkel ini dibahagikan kepada dua slot menarik yang memberi tumpuan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kehidupan seharian dan penyelidikan.

🔹 Slot 1: Smart AI Tools for Everyday Work 2.0 (9.00 – 11.00 pagi) Disampaikan oleh Encik Mohd Ikhsan bin Md. Raus, Pensyarah Kanan dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Peserta didedahkan dengan: Pengenalan asas AI dan aplikasi ChatGPT serta AI Tools lain Penggunaan AI dalam reka bentuk dan visual Aktiviti praktikal “hands-on” Perkongsian pengalaman serta sesi soal jawab

🔹 Slot 2: Smart AI Tools for Researchers (2.30 – 4.30 petang) Disampaikan oleh Puan Nurfarawahidah Badruesham, Pustakawan Kanan UiTM Cawangan Pahang. Slot ini memberi fokus kepada penyelidik dengan pengisian seperti: Pengenalan AI untuk penyelidikan Teknik carian literatur & ulasan menggunakan AI (Perplexity, Consensus AI) Penulisan berasaskan bukti dengan bantuan AI Tips & trik menghasilkan kertas penyelidikan dengan AI Tools Aktiviti praktikal & perkongsian idea. Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran peserta daripada pelbagai latar belakang akademik. Melalui bengkel ini, para peserta bukan sahaja mendapat pendedahan teori, malah berpeluang mencuba sendiri teknologi AI secara praktikal. Pihak penganjur berharap bengkel ini dapat meningkatkan kefahaman warga UiTM tentang penggunaan teknologi AI secara bijak dalam tugasan harian dan penyelidikan, selaras dengan perkembangan teknologi masa kini.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan Kanan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply