BENGKEL SPEED READING (MODUL C)

20 Ogos 2025: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak telah menganjurkan Bengkel Speed Reading (Modul C) pada 26 Mei 2025 bertempat di Bilik IT 2, Kampus Seri Iskandar. Program ini diadakan untuk pelajar daripada program LG240: Applied Language Studies dan telah berjaya menarik penyertaan seramai 21 orang pelajar. Bengkel ini bertujuan memperkasa kemahiran membaca pantas dalam kalangan pelajar agar lebih cekap dan berkesan dalam pengurusan maklumat akademik.

Sesi bengkel telah dikendalikan oleh Encik Akhimullah Azmi, Pembantu Pustakawan dan Encik Mohd Azhari bin Maarop, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR. Mereka turut dibantu oleh dua pelajar latihan industri dari UiTM Cawangan Kedah iaitu Muhammad Aiman Iskandar Bin Zolfa dan Ahmad Arief Izzuddin Bin Ahmad Aziziddin. Kehadiran tenaga pengajar yang berpengalaman serta sokongan teknikal daripada pelajar latihan industri telah menyumbang kepada kelancaran pelaksanaan bengkel.

Teknik yang diperkenalkan adalah kaedah fiksasi mata, penggunaan jari sebagai panduan membaca dan penggunaan kad indeks untuk fokus baris demi baris. Bengkel ini turut disertakan dengan latihan praktikal dan kuiz interaktif bagi menguji kefahaman peserta. Maklumbalas yang diterima amat memberangsangkan, dan diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pengajian serta amalan pembacaan harian pelajar.

Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Ahmad Azmil Reza PTAR Seri Iskandar

Leave a Reply