Pelaksanaan EKSA di Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu adalah selaras dengan inisiatif UiTM dalam memperkukuh budaya kerja yang lebih sistematik, kondusif dan mesra pelanggan. EKSA bukan sahaja menekankan aspek kebersihan, kekemasan dan persekitaran kerja yang selesa, malah turut memberi fokus kepada penjimatan kos, kelestarian alam sekitar serta inovasi perkhidmatan perpustakaan.

Objektif Pelaksanaan EKSA
- Mewujudkan suasana perpustakaan yang kondusif, kemas dan selesa untuk pengguna.
- Menyemai budaya kerja cemerlang dalam kalangan staf perpustakaan.
- Menambah baik pengurusan ruang, peralatan dan dokumen.
- Meningkatkan imej perpustakaan sebagai pusat ilmu yang berdaya saing.
- Menyokong agenda hijau universiti melalui amalan kelestarian.
Pelaksanaan EKSA di Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu berjaya meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan imej perpustakaan sebagai pusat ilmu. Dengan komitmen berterusan daripada semua warga perpustakaan, EKSA akan terus menjadi budaya kerja yang positif serta memberi manfaat kepada pengguna dan universiti secara keseluruhan

















Disediakan oleh: Mohd Anuar Bin Azmin, Pembantu Pustakawan Kanan PTA UiTMCK Kampus Kota Bharu