Unlocking Knowledge: Information Literacy For Postgraduate

18 Jun 2025, Rabu – Unit Pascasiswazah dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan sesi taklimat Unlocking Knowledge: Information Literacy for Postgraduate secara dalam talian, bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Seramai 12 orang pelajar pascasiswazah yang terdiri daripada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), UiTM Cawangan Melaka telah menyertai sesi kali ini.

Taklimat disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Timbalan Ketua Pustakawan (M), PTAR UiTM Cawangan Melaka yang menguruskan perkhidmatan literasi maklumat dan sokongan penyelidikan. Fokus utama sesi ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap penggunaan sistem PERMATA sebagai platform utama dalam pencarian bahan ilmiah, pengaksesan koleksi perpustakaan, serta perkhidmatan digital, antaranya pangkalan data langganan UiTM seperti Scopus, ScienceDirect, Emerald Insight dan lain-lain. Peserta turut didedahkan kepada strategi pencarian artikel berimpak tinggi untuk menyokong penulisan tesis dan penerbitan ilmiah mereka.

Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasakan pelajar agar lebih cekap dalam mendapatkan dan mengurus maklumat yang sahih dan relevan, sekali gus menyokong proses pembelajaran, penyelidikan, dan penulisan akademik secara berkesan. Pendedahan kepada kemudahan dan perkhidmatan digital perpustakaan ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti akademik pelajar secara menyeluruh. Sesi ini berlangsung dengan sangat interaktif dan produktif apabila peserta mengajukan pelbagai soalan berkaitan teknik pencarian berkesan, pengurusan sitasi serta pemilihan jurnal yang bersesuaian dengan bidang penyelidikan masing-masing.

Program ini bukan sahaja memperkukuh kemahiran penyelidikan dalam kalangan pelajar pascasiswazah, malah menyokong aspirasi universiti ke arah penerbitan berimpak tinggi di peringkat global.

Sekitar sesi taklimat sedang dijalankan

Ditulis oleh : Nur Atikah binti Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

+6

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply