Taklimat Literasi Maklumat Minggu EDU 5.0 Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang

Pada 25 Mac 2022, jam 11.00 pagi Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan Taklimat Literasi Maklumat sempena Minggu EDU 5.0 secara atas talian kepada 373 orang pelajar baharu Diploma dan Sarjana Muda.

Taklimat yang dikendalikan oleh Cik Muniratul Husna binti Mohamad Zaki, Pustakawan dari Perpustakaan Al-Bukhari Kampus Jengka ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar baharu berkaitan perkhidmatan atas talian serta koleksi digital yang disediakan oleh Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang seiring dengan Sustainable Development Goal (SDG) 4: Quality Education.

Sesi taklimat ini juga dimeriahkan lagi dengan kuiz atas talian (Quizizz) yang dikendalikan oleh lima (5) orang pelajar Latihan Industri di Perpustakaan Al-Bukhari Kampus Jengka bagi menarik minat para pelajar untuk lebih faham serta mampu aplikasikan pengetahuan tersebut di masa akan datang. Semoga taklimat Literasi Maklumat ini dapat membantu mahasiswa dan mahasiswi sepanjang sesi pembelajaran mereka di UiTM Cawangan Pahang.

Disediakan oleh : Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply