Merbok, 18 Mei 2025 – Program kesihatan amat penting dalam usaha meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental dalam kalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, satu program bertemakan Hari Sihat: Aerobic Chair telah berjaya dianjurkan pada 18 Mei 2025. Program ini adalah anjuran Perpustakaan Sultan Badlishah dengan kerjasama Unit Sukan, UiTM Cawangan Kedah.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian, menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga komuniti melalui aktiviti fizikal yang menyeronokkan dan mudah dilakukan. Secara tidak langsung mewujudkan suasana interaksi dan kerjasama yang positif dalam kalangan peserta melalui aktiviti berkumpulan.








Senaman dijalankan selama satu jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi dan dikendalikan sepenuhnya oleh Teacher Jannah dari NJ Fitness Studio. Sambutan daripada peserta sangat menggalakkan, dengan semua menunjukkan kesungguhan dan keterlibatan yang aktif sepanjang sesi. Teknik yang diperkenalkan mudah diikuti namun memberi impak positif terhadap kesihatan fizikal terutamanya dari segi kekuatan otot dan peredaran darah.
Penutup Secara keseluruhannya, Program Hari Sihat: Aerobic Chair telah mencapai matlamatnya dengan jayanya. Kehadiran seramai 215 orang menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan peserta terhadap kepentingan gaya hidup sihat. Program ini bukan sahaja menceriakan suasana pagi dengan aktiviti fizikal yang menyeronokkan, malah berjaya menyuntik semangat komuniti ke arah kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.
Penulis : Hamidah Mohd, Pembantu Pustakawan Kanan