Program Budaya Ilmu Ramadan: Bacaan Kegemaran Saya (1 Staf 1 Resensi Buku)

Sempena bulan Ramadan 1446H ini, Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) Kampus Machang telah mengadakan Program Budaya Ilmu Ramadan: Bacaan Kegemaran Saya (1 Staf 1 Resensi Buku) yang dilakukan sepanjang bulan ramadan.

Program ini melibatkan staf-staf PTA dan dilakukan bertempat di Ruang LCE selepas aktiviti tadarus Al-Quran. Setiap staf akan membuat ulasan buku bacaan kegemaran mereka yang dipinjam daripada koleksi PTA dan diikuti dengan sesi soal jawab. Program ini bertujuan untuk mempergiatkan aktiviti galakan membaca terutamanya dalam kalangan staf PTA serta menjadikan membaca sebagai budaya.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply