Pembentangan Laporan Pencapaian PS Suku Ke-4 Tahun 2024

Sejumlah 6 petunjuk prestasi utama (KPI) dan 6 petunjuk prestasi (PI) Perpustakaan Tun Abdul Razak telah mencapai sasaran 100% manakala selebihnya mencapai antara 57%-86% sebagaimana dibentangkan oleh Puan Nor Azwani Mohamad, Ketua Unit dasar dan Perancangan Strategik pada pagi Isnin jam 9:00 pagi. 

Laporan pencapaian Perancangan Strategik (PS) sukuan keempat telah dibentangkan dihadapan Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan turut diikuti oleh seramai 400 orang staf perpustakaan menerusi medium Google Meet. 

Skop laporan meliputi keseluruhan Petunjuk Prestasi Utama Perpustakaan iaitu 7 KPI dan 13 PI meliputi keseluruhan 40 lokasi perpustakaan UiTM. 

Sejurus sesi pembentangan laporan PS dan ulasan Ketua Pustakawan berakhir tepat jam 10:45 pagi, sesi bersama Pengarah Bahagian/ Peneraju Inisiatif  mengambil tempat membentangkan strategi inisiatif untuk tahun 2025. Seramai 4 orang Pengarah dan 2 orang Ketua Unit telah terlibat membentangkan strategi inisiatif yang akan melonjakkan pencapaian KPI dan PI. 

Dalam ulasannya, Ketua Pustakawan menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Perpustakaan UiTM atas pencapaian yang membanggakan ini. Disamping itu, beliau menuntut komitmen seluruh warga Perpustakaan UiTM agar memberi fokus terhadap agenda pembudayaan ilmu khususnya budaya membaca yang seharusnya menjadi identiti warga Perpustakaan UiTM. Beliau turut mengajak warga Perpustakaan UiTM menghayati beberapa karya tentang keilmuan seperti Budaya Ilmu oleh Wan Mohd Nor Wan Daud, Perpustakaan dan Perkembangan Tamadun oleh Syed Hussein al-Attas dan Menghayati Budaya Ilmu oleh Zaini Ujang. 

Pembentangan berakhir jam 2:00 petang. 

PTAR Shah Alam

Leave a Reply