Exercise Your Speed Reading

Merbok, 24 Februari 2024 – Program Exercise Your Speed Reading merupakan inisiatif pembudayaan ilmu dan usaha daripada pihak Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB)  UiTM Cawangan Kedah untuk penyampaian ilmu pengetahuan kepada staf UiTM Cawangan Kedah. Program Exercise Your Speed Reading ini memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kewujudan teknik dan kaedah bacaan pantas yang boleh dipelajari melalui latihan bacaan pantas yang disediakan.

Objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada warga UiTM mengenai teknik dan kaedah bacaan pantas serta meningkatkan kemahiran bacaan pantas melalui latihan yang bersesuaian. Selain itu, membantu meningkatkan jumlah bacaan bahan ilmiah dan meningkatkan keberkesanan berfikir dan mengingati sesuatu.

Program ini telah dilaksanakan pada 24 Februari 2025 (Isnin) dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di Aras 2, Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah. Program ini dikendalikan oleh Encik Mohd Amiruddin Mohd Nasir, Pustakawan Kanan serta dibantu oleh Pembantu Pustakawan Kanan Perpustakaan Sultan Badlishah. Seramai 26 orang staf dan pelajar telah menyertai program ini.

    Penulis : Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan

    Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

    Leave a Reply