Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka

21 November 2024, Khamis – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Bersama Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UiTM Cawangan Melaka yang telah dilantik oleh Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka.

Bengkel ini telah dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat pengenalan klasifikasi fail yang disampaikan oleh Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan. Sesi seterusnya bengkel diteruskan dengan taklimat oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan. Bengkel ini telah disertai oleh 90 orang peserta terdiri daripada staf yang telah dilantik menjadi PRJ & PTRJ daripada Kampus Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin. Kursus ini telah dikendalikan secara bersemuka di Mini Auditorium, Aras 7, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya.

Objektif penganjuran bengkel adalah untuk:

  1. Menyediakan satu kerangka pengurusan rekod sistematik.
  2. Memberi gambaran fungsi, aktiviti dan transaksi organisasi.
  3. Perkongsian rekod secara dalaman atau luaran sesebuah organisasi.
  4. Membantu meningkat capaian, dapatan semula, penggunaan dan penyebaran rekod.

Semoga bengkel ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib Cawangan Melaka dan membantu meningkatkan ketampakan fungsi dan peranan Unit Arkib Cawangan. Seterusnya ianya mampu menjadi wadah bagi profesional dan komuniti arkib berkongsi maklumat dan mentransformasi peranan dan tanggungjawab bagi mengharungi cabaran masa hadapan.

Pautan Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSjHbqwDH/

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply