Taklimat Perpustakaan : Information Literacy Program

3 Oktober 2024, Khamis- PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Taklimat Perpustakaan : Information Literacy Program bagi program Minggu Destini Siswa (MDS) sempena pendaftaran pelajar baharu. Taklimat perpustakaan ini telah dijalankan secara bersemuka di Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah, bermula 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Taklimat disampaikan oleh Puan Siti Aminah Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan dan Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Seramai 2,296 orang pelajar telah terlibat dalam taklimat tersebut.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada sumber maklumat yang relevan, kaedah pencarian maklumat yang efektif, penggunaan PTAR Mobile App, serta platform digital lain seperti MyKnowledge Management (MyKM). Selain itu, program ini juga bertujuan mempromosikan aktiviti perpustakaan, meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kemudahan yang disediakan, dan memupuk kemahiran literasi maklumat bagi menyokong pembelajaran serta penyelidikan mereka sepanjang tempoh pengajian.

Semoga dengan adanya taklimat seperti ini, dapat mempromosikan PTAR UiTM di kalangan para pelajar baharu agar dapat menggunakan semua kemudahan yang disediakan di PTAR dalam mencari bahan penyelidikan, pembelajaran dan rujukan sebaiknya.

Taklimat disampaikan oleh Puan Siti Aminah Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, dan Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

Pelajar sedang mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh penceramah

Sekitar kemeriahan taklimat sedang dijalankan

Ditulis oleh : Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply