Lawatan Akademik: dari JDT ke UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 22 Ogos yang lalu, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh telah menerima kunjungan 76 orang pelajar bersama 8 orang guru pengiring dari SMK Tun Fatimah Hashim, Johor Bahru, Johor. Lawatan akademik ini dimulakan dengan sesi bergambar, taklimat serta lawatan di sekitar perpustakaan yang dikendalikan oleh staf Unit Perkhidmatan Perpustakaan Encik Mohd Shafarin Saad dan Encik Mohd Saiful Effendy Mohd Shukeri.

Seterusnya para pelajar berpeluang melawat sekitar kampus setelah selesai mendengar taklimat Misi Akademik dari beberapa fakulti antaranya Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan (FPHP), Pengajian Kejuruteraan Kimia (PKK) dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) yang telah disampaikan oleh wakil fakulti masing-masing. Pihak UiTM Cawangan Pulau Pinang juga berbesar hati menandatangani Letter of Intent (LOI) disaksikan oleh Prof. Madya Ir. Ts Dr. Hajah Siti Noraini Sulaiman; Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Haji Ahmad Faizar Jaafar; Timbalan Ketua Pustakawan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, disamping guru-guru pengiring dan pelajar sekolah.

Rafidah Muhamad Sam PTAR Penang

Leave a Reply