Live@PTAR : Menelusuri Kegemilangan Ulama Di Dalam Perjuangan Jihad Nusantara

Anjuran Pelajar Kursus HPD238 Raja Berpelembagaan (Lanjutan) Kumpulan 3A Semester Oktober Sesi 2021/2022 dengan kerjasama Unit Kokurikulum dan Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah.

Pada 06 Januari 2022 telah berlangsung Program Live@PTAR : Menelusuri Kegemilangan Ulama Di Dalam Perjuangan Jihad Nusantara, anjuran pelajar kursus HPD238 Raja Berpelembagaan (Lanjutan) Kumpulan 3A Semester Oktober Sesi 2021/2022 dengan kerjasama Unit Kokurikulum dan Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah yang disiarkan melalui platform Youtube & Facebook Rasmi PSB, UiTM Cawangan Kedah. Program yang berlangsung selama 1 jam 45 minit ini dijalankan untuk memberi pengetahuan dan galakan kepada golongan mahasiswa/siswi untuk memahami lebih mendalam dan terperinci berkaitan sejarah perjuangan ulama nusantara dan khususnya di negeri Kedah ketika penentangan terhadap penjajah.

Objektif program ini adalah dapat menambah pengetahuan peserta berkaitan sejarah perjuangan ulama di dalam menentang penjajah di negeri Kedah, serta memberi galakan kepada golongan mahasiswa/siswi tentang kepentingan sejarah di dalam meningkatkan nilai patriotisme dan mengeratkan hubungan ukhuwah sesama warga UiTM. Diakhir sesi, panel jemputan juga turut menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh penonton.

Program ini telah berjaya mendapat sebanyak 545 tontonan menerusi platform YouTube Live sepanjang program siaran langsung ini berjalan.

Panel Jemputan:
Prof Madya Ts Dr Asmadi bin Mohammed Ghazali
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan Maklumat
UiTM Cawangan Kedah

Ustaz Ahmad Yumni bin Abu Bakar
Pensyarah Kanan
Akademik Pengajian Islam Komtemporari (ACIS)
UiTM Cawangan Kedah

Dr. Noor Syahidah binti Mohamad Akhir
Pensyarah Kanan
Akademik Pengajian Islam Komtemporari (ACIS)
UiTM Cawangan Kedah

Program bersiaran langsung di saluran YouTube :

Penulis : Shazmie Huzni Mohd Sidik, Pembantu Pustakawan Kanan

Tangkap layar semasa program sedang bersiaran :

Perpustakaan Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply