Live@PTAR : Better Marks Secrets Online Database

Anjuran pelajar kursus KIM110 5B Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Kedah dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah.

Pada 12 Januari 2022 telah berlangsung Program Live@PTAR : Better Marks Secrets Online Database, anjuran pelajar kursus KIM110 5B Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Kedah dengan kerjasama Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah yang disiarkan melalui platform Youtube & Facebook Rasmi PSB, UiTM Cawangan Kedah. Program yang berlangsung selama 2 jam 30 minit ini dijalankan untuk memberikan penerangan kepada pelajar untuk lebih memahami cara-cara dalam proses pencarian bahan atau artikel yang betul dan cepat bagi memudahkan pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada mereka.

Terdapat beberapa objektif yang telah berjaya dicapai melalui pelaksanaan program ini iaitu membantu pelajar dalam teknik mendapatkan maklumat dengan rujukan dan bahan yang tepat serta mendidik para pelajar menggunakan pangkalan data atas talian yang sesuai bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan lebih cekap dan berkesan bagi tujuan pencarian artikel yang tepat dan cepat.

Program ini telah berjaya mendapat sebanyak 1,353 tontonan menerusi platform YouTube & Facebook Live sepanjang program siaran langsung ini berjalan.

Speaker :
Puan Noor Azlin Abdullah
Pustakawan Kanan
Perpustakaan Sultan Badlishah
UiTM Cawangan Kedah

Moderator :
Nurul Afifah Binti Amer
Pelajar KIM110 5B
Fakulti Pengurusan Maklumat
UiTM Cawangan Kedah

Program bersiaran langsung di saluran YouTube :

Penulis : Shazmie Huzni Mohd Sidik, Pembantu Pustakawan Kanan

Tangkap layar semasa program sedang bersiaran :

Perpustakaan Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply