23 Disember 2025: Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah berjaya menganjurkan sesi Latihan PERMATA dan Speed Reading pada 12 September 2025. Program penting ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama PTAR dan melibatkan penyertaan daripada pelajar yang sedang menjalani latihan industri di perpustakaan tersebut. Inisiatif ini dilaksanakan dengan matlamat utama untuk memperkenalkan sistem maklumat baharu perpustakaan iaitu sistem PERMATA di samping memperkasakan kemahiran membaca pantas (speed reading) dalam kalangan peserta.
Sesi latihan berinformatif ini telah berjalan lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Peserta telah diberikan pendedahan mendalam mengenai penggunaan sistem PERMATA serta dilatih dengan pelbagai teknik membaca dengan pantas. Kaedah- kaedah ini amat berguna untuk memberi kefahaman maklumat dalam tempoh yang lebih singkat, sekali gus meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Program ini dikendalikan oleh tiga orang penceramah yang terdiri daripada staf berpengalaman PTAR iaitu Puan Nur Dayana Binti Mohd Narwawi, Pustakawan bersama Encik Mohd Azhari Bin Maarop, Pembantu Pustakawan Kanan dan Encik Akhimullah Bin Azmil, Pembantu Pustakawan.
Secara keseluruhan, program ini telah mencapat objektifnya dalam melengkapkan pelajar latihan industri dengan kemahiran literasi maklumat yang relevan dan efisien. Pihak PTAR Cawangan Perak berharap agar penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.





Disediakan oleh Ahmad Azmil Reza Bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar