Program Alumni Talk 2025

Merbok, 12 Oktober 2025 – Perpustakaan Sultan Badlishah dengan kerjasama ICAN, UiTM Cawangan Kedah telah menganjurkan Program Alumni Talk 2025 bertempat di Ruang LCE, Perpustakaan Sultan Badlishah. Program ini bertujuan merapatkan jurang antara dunia akademik dan alam pekerjaan melalui perkongsian pengalaman daripada alumni cemerlang. Kehadiran program amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 164 orang pelajar dan staf yang hadir bagi mendapatkan pendedahan sebenar mengenai realiti dunia kerjaya.

Sesi pertama bersama En. Mohammad Khairul Nazri bin Ghazali dan En. Isma Khairil Fitri bin Ismail

Program ini menampilkan tiga alumni hebat yang kini memegang jawatan penting dalam sektor awam dan swasta. Sesi pertama bertajuk “Dari Kampus ke Kerjaya: Perjalanan Selepas Graduasi” menampilkan En. Mohammad Khairul Nazri bin Ghazali, Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara, serta En. Isma Khairil Fitri bin Ismail, HOD Sales & Marketing, Selaman Sdn. Bhd. Kedua-dua panel berkongsi pengalaman transisi dari alam kampus ke dunia pekerjaan serta kemahiran yang diperlukan untuk berjaya. Seterusnya, sesi kedua bertajuk “Segalanya Bermula di Sini – Kampus Merbok” menampilkan En. Muhammad Ashyaraf bin Sulaiman, Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Baling, yang berkongsi perjalanan kerjaya beliau bermula dari UiTM Merbok hingga berjaya dalam pentadbiran awam.

Sesi kedua bersama En. Muhammad Ashyaraf bin Sulaiman

Secara keseluruhannya, Program Alumni Talk 2025 berjaya mencapai objektifnya dengan memberi inspirasi dan panduan praktikal kepada pelajar tentang persediaan menghadapi dunia pekerjaan sebenar. Program ini bukan sahaja meningkatkan motivasi pelajar, tetapi turut memperkukuh hubungan antara alumni dan institusi.

Kejayaan penganjuran ini membuktikan bahawa perkongsian pengalaman alumni mampu menjadi pemangkin semangat kepada pelajar untuk berusaha mencapai kejayaan profesional, sekaligus mengukuhkan jenama UiTM sebagai institusi yang melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing.

Penulis: Hamidah Mohd, Pembantu Pustakawan Kanan



Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply