13 Mei 2026 : Siri Wacana Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Bil. 4/2026 telah diadakan di Auditorium PTAR Undang-Undang (PTUU) dan program turut disiarkan secara langsung melalui saluran Youtube. Satu pameran mini Replika Singgahsana Istana Raja-Raja Melayu turut diadakan di Aras 3 PTUU berhadapan bilik Khazanah Perundangan. Program ini berlangsung dari jam 10.00 pagi – 12.00 tghari.
Peserta terdiri daripada staf UiTM serta ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Panel bagi Wacana bertajuk Masa Hadapan Bumiputera ialah YAD Senator Dato’ Setia Salehuddin Saidin juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah berkongsi pandangan serta kupasan berkaitan cabaran dan hala tuju masa depan Bumiputera dalam pelbagai aspek pembangunan negara. Manakala moderator adalah YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan penyandang Kursi Raja-Raja Melayu UiTM.








